
CANBERRA, 19 Jan – Pergerakan seismik di bawah gunung berapi di Papua New Guinea menunjukkan berkemungkinan letusan gunung berapi terbesar akan berlaku, menurut pakar vulkanologi, kelmarin.
Beratus-ratus ribu penduduk telah meninggalkan pulau-pulau yang mengelilingi Pulau Kadovar di pantai utara negara Pasifik Selatan sejak letusan gunung berapi yang bermula pada 5 Januari telah mengeluarkan debu gunung berapi. Penerbangan berdekatan dengan pulau itu telah dibatalkan ekoran risiko yang dihasilkan akibat debu gunung berapi dan kapal-kapal laut telah diberi peringatan agar tidak mendekati pulau itu.
Steve Saunders, juru ukur geodetik utama di Balai Cerap Gunung Berapi Rabaul di Papua New Guinea berkata pergerakan seismik baru-baru ini telah meningkat di bawah gunung berapi berkenaan. (Klik di sini untuk berita lanjut)