Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Gunung berapi Fuego meletus, lebih 1,000 dipindah

    GUATEMALA CITY, 5 MEI – Pihak berkuasa Guatemala memindahkan lebih 1,000 orang dan menutup jalan ketika gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah meletus semalam, memuntahkan abu tebal di ladang dan bandar tidak jauh dari ibu negara.

    Pegawai perlindungan awam, Oscar Cossio berkata 1,054 orang telah dipindahkan dari lima komuniti berhampiran kaki gunung berapi, dan berpindah ke dewan sukan untuk tempat berteduh.

    Beliau berkata jumlah itu berkemungkinan meningkat apabila pengiraan penuh penduduk yang dipindahkan dilaksanakan.

    Pusat bencana Conred Guatemala berkata gunung berapi bernama Fuego, bahasa Sepanyol untuk ‘kebakaran,’ telah mengeluarkan ‘aliran piroklastik’ – campuran gas, abu dan serpihan batu panas ‘yang mengalir turun pada kelajuan tinggi di cerun gunung berapi.’

    Abu yang dimuntahkan oleh Fuego mencecah lebih 6,000 meter di atas paras laut.

    Conred berkata abu jatuh ke barat dan barat daya gunung berapi itu, dalam arah yang jauh dari ibu negara Guatemala Ciyu, iaitu 35 kilometer ke timur laut.

    Pelepasan abu yang lebih kuat mungkin menyusuli apabila letusan ‘peringkat tinggi’ berterusan, dan ia memberi amaran bahawa dengan ramalan hujan, banjir lumpur mungkin terbentuk.

    Pegawai Conred, Rodolfo Garcia menganggarkan 130,000 penduduk tinggal di kawasan yang terdedah kepada aliran abu, yang turun sejauh 100 kilometer dari kawah.

    Beliau berkata 13 pusat perlindungan kecemasan telah dibuka di empat bandar berhampiran, mampu menyediakan perlindungan kepada 7,600 orang. – AFP

    Penduduk berkumpul di pusat sukan selepas melarikan diri dari kampung mereka yang terjejas oleh gunung berapi Fuego di Santa Lucia Cotzumalguapa, Bandar Guatemala pada 4 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...