JAKARTA, 17 OKT – Gunung berapi Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia meletus hari ini, mendorong pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya menjauhi kawasan letusan.
Gunung berapi itu meletup pada pukul 12:42 tengah hari waktu tempatan, memuntahkan abu panas sejauh 600 meter dari kawah, menurut Pos Pemantauan Gunung Berapi Ibu.
Ahmad Basuki, pegawai pos pemantau itu, dalam satu kenyataan berkata, letusan gunung berapi berkenaan memuntahkan tiang abu kelabu tebal ke arah timur dengan amplitud maksimum 28 milimeter dan dalam tempoh 57 saat. – Xinhua