Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Berapi Shinmoe meletus lagi

    TOKYO, 22 Jun – Gunung Berapi Shinmoe di darat daya Jepun meletus lagi hari ini pada pukul 9:09 pagi waktu setempat, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).

    Menurut agensi cuaca, letusan terbaharu gunung berapi itu serupa dengan intensiti yang berlaku pada bulan April lalu dan memperlihatkan gunung berapi tersebut mengeluarkan asap dan debu 2,300 meter ke udara dari kawahnya.

    Gunung Berapi Shinmoe yang terletak di tengah-tengah antara dua wilayah Kagoshima dan Miyazaki, telah menyaksikan beberapa aktiviti letusan baru-baru ini sejak Oktober lepas ketika ia menjadi sangat aktif.

    Sebelum itu, gunung berapi tersebut kali terakhir aktif pada bulan Januari hingga Mac tahun 2011, menurut kenyataan JMA lagi.

    Agensi tersebut masih mengekalkan paras waspada bagi gunung berapi itu pada tahap tiga dari skala yang tertinggi di tahap lima, yang memberi amaran larangan bagi mendekati gunung berapi setinggi 1,421 meter tersebut.

    Gunung Berapi Shinmoe adalah salah satu daripada 50 gunung berapi aktif di sekitar Jepun yang berada di bawah pemantauan berterusan oleh JMA dan ahli seismologi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda