Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Gunung berapi Taal muntah gas, abu panas

    MANILA, 31 MAC – Gunung berapi aktif berhampiran ibu negara Filipina, Manila memuntahkan gas magma dan abu panas hari ini, beberapa hari selepas satu letusan fratomagmatik pada hujung minggu.

    Dalam satu video diposkan di Facebook, Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina mengatakan ia merekodkan letusan fratomagmatik dari kerak utama gunung Taal pada jam 10:39 pagi waktu tempatan.

    Sebelum letusan, institut itu tidak mengesan sebarang gegaran gunung berapi. Namun menekankan ‘satu gegaran latar rendah berterusan sejak Rabu.

    Gunung berapi itu terletak di wilayah Batangas, 66km ke selatan Manila. Pada 26 Mac, institut itu menambah tahap amaran aktiviti gunung berapi ke tahap 3 pada skala 5 susulan letusan fratomagmatik.

    Kerajaan sudah pun memindahkan sekitar 7,000 orang dari 18 buah kampung sekitar gunung berapi itu. Letusan fratomagmatik adalah letusan gunung berapi akibat dari interaksi antara magma dan air, membawa kepada letusan abu panas dan serpihan piroklas. – Xinhua

    Gambar fail letusan gunung berapi Taal yang mengeluarkan abu panas di wilayah Batangasa pada 5 Julai, 2021. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -