Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Gunung di Arab Saudi diseliputi salji

    RIYADH, 3 JAN – Gunung Jabal al-Lawz di Arab Saudi diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu, sekali gus menarik penduduk setempat ke wilayah itu.

    Gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut Arab Saudi berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer ke barat laut bandar Tabuk, diseliputi salji agak tebal akibat cuaca sejuk melampau dan hujan.

    Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji itu, dengan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain salji dan mengambil gambar yang dikongsi di media sosial.

    Ramai pengguna media sosial terkejut dengan kehadiran salji walaupun kawasan berkenaan sememangnya bercuaca sejuk.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) menyatakan bahawa ribut petir akan melanda beberapa wilayah sehingga hari ini. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...