BEIJING, 23 JULAI – Sepuluh orang terbunuh manakala tujuh lagi cedera semalam, susulan kejadian runtuhan di bahagian pergunungan lombong arang batu di China, lapor saluran televisyen kerajaan CCTV.
Menurut CCTV, kemalangan itu berlaku sekitar 11:15 pagi di wilayah barat laut Gansu dengan operasi menyelamat kini berakhir.
“Kakitangan telah berpindah di sekitar tapak perlombongan di bandar Baiyin ‘ketika runtuhan di lereng gunung berlaku’ yang mengakibatkan pekerja serta kenderaan tertimbus,” katanya, menambah, seramai 17 orang dilaporkan terperangkap.
Menurut laporan akhir petang semalam selepas penemuan mayat terakhir, ‘10 orang disahkan maut dan tujuh lagi cedera ringan’,” katanya, yang memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. – AFP