ROM, 16 Mac – Gunung Etna meletup lagi buat kali ketiga dalam masa kurang dari tiga minggu, memuntahkan lava yang lebur hampir 200 meter (650 kaki) ke ruang udara di atas Sicily.
Fasa terbaru aktiviti gunung berapi tertinggi di Eropah itu disusuli dengan ledakan pertama lebih dari setahun pada hujung Februari.
Letusan itu muncul dari kawah baru di bahagian tenggara puncak 3,000 meter.
Ia telah dirakamkan oleh Institut Vukanologi dan Geologi Itali (INGV) dan dijangka tidak akan menimbulkan sebarang masalah bagi kawasan kediaman berhampiran atau bagi pesawat penerbangan di lapangan terbang terdekat di Catania. – AFP