Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Fuji Jepun kekal tanpa salji

    TOKYO, 28 OKT – Gunung Fuji Jepun kekal tanpa salji setakat hari ini, kata agensi cuaca.

    Salji gunung berapi mula terbentuk 2 Oktober lalu secara purata, dan tahun lepas salji mula dikesan di tempat tersebut pada 5 Oktober.

    Akan tetapi disebabkan cuaca panas, tahun ini tiada lagi salji turun di gunung tertinggi Jepun itu, kata Yutaka Katsuta, peramal di Pejabat Meteorologi Tempatan Kofu.

    Ini menandakan tarikh terkini sejak data perbandingan tersedia pada 1894, katanya mengatasi rekod sebelumnya pada 26 Oktober di mana ia dilihat dua kali, pada 1955 dan kemudian pada 2016.

    “Suhu meningkat pada musim panas ini, dan keadaan suhu tersebut berterusan hingga September, menghalang udara sejuk yang membentuk salji,” kata Katsuta kepada AFP.

    Beliau bersetuju perubahan iklim mungkin memberikan kesan ke atas kelewatan pembentukan salji.

    Musim panas Jepun tahun ini adalah yang paling panas direkodkan, menyamai tahap yang pernah dicatatkan pada 2023 di mana ia berpunca akibat gelombang haba ekstrem didorong oleh perubahan iklim yang melanda banyak bahagian di dunia.

    Gunung Fuji dilitupi salji sepanjang tahun, tetapi semasa musim mendaki Julai hingga September, lebih 220,000 pelawat menyusuri cerun berbatu yang curam. – AFP

    Gambar fail bertarikh 23 Februari 2022 menunjukkan Gunung Fuji, di bandar Fuji, Prefektur Shizuoka. – AFP

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda