Gunung Kinabalu ditutup hingga 8 Okt

KOTA KINABALU, 25 SEPT – Gunung Kinabalu dan kawasan Taman Kinabalu ditutup bermula hari ini hingga 8 Okt depan untuk proses nyah kuman, kata Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Jamili Nais.

Beliau berkata ini berikutan seorang pesakit COVID-19 didapati telah mendaki Gunung Kinabalu dari 13 hingga 14 Sept lalu dan Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan Notis Perintah Tutup untuk menutup ibu pejabat Taman Kinabalu, Kundasang.

“Pusat COVID-19 dibuka di Taman Kinabalu untuk tujuan operasi pencegahan penularan yang melibatkan ujian saringan COVID-19 ke atas kontak rapat pendaki yang terdiri daripada malim gunung, pendaki awam dan staf taman serta syarikat swasta yang terbabit dalam aktiviti pendakian itu.” – Bernama