Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Gunung Merapi di Indonesia meletus

    YOGYAKARTA, 12 MAC – Gunung Merapi di Indonesia, merupakan salah sebuah gunung berapi paling aktif di dunia, meletus kelmarin, mengeluarkan asap dan debu yang menyelubungi perkampungan sekitar kaki gunung.

    Tiada laporan segera mengenai korban jiwa, menurut agensi mitigasi bencana negara itu.

    Imej yang disiarkan oleh penyiar tempatan, Kompas TV menunjukkan rumah-rumah dan jalan raya dilitupi oleh debu di sebuah perkampungan berhampiran gunung berapi, yang terletak di pulau Jawa, berhampiran ibu kota kebudayaan Indonesia, Yogyakarta. Pemantau Gunung Berapi Merapi menganggarkan awan debu mungkin mencecah 9,600 kaki dari atas puncak gunung.

    Pihak berkuasa melaksanakan zon sekatan tujuh kilometer dari kawah selepas ledakan, yang dilaporkan berlaku pada 12:12 tengah hari.

    “Untuk mengelak potensi bahaya daripada ledakan Gunung Merapi, orang ramai dinasihatkan untuk menghentikan sebarang aktiviti di kawasan berpotensi berlaku bahaya,” menurut jurucakap agensi, Abdul Muhari. – AFP

    Gunung Merapi mengeluarkan asap dan debu semasa letusan di Sleman, Indonesia, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...