Gunung Merapi muntah lahar, abu

YOGYAKARTA, INDONESIA, 8 OGOS – Gunung berapi Merapi telah meletus hari ini di pulau Jawa, memuntahkan asap dan abu ke udara diiringi lahar dan gas mengalir ke cerunnya.

Tidak ada laporan mengenai korban jiwa dilaporkan.

Gunung terbabit mengeluarkan debu panas kira-kira tujuh kali pagi ini serta letusan piroklas, gabungan batu, lahar dan gas, kata Hanik Humaida, yang mengetuai Pusat Mitigasi Bencana Geologi dan Vulkanologi Yogyakarta.

Bunyi letusan gunung berapi boleh didengari beberapa kilometer jauhnya.

Beberapa minggu ini, gunung itu dilihat semakin aktif dengan kawah lahar semakin bertambah luas sebelum runtuh sebahagiannya hari ini, kata Humaida. – AP