Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gunung Merapi terus meletus

    YOGYAKARTA, INDONESIA, 11 MAC – Gunung Merapi, Indonesia terus meletus hari ini, memaksa pihak berkuasa menghentikan aktiviti pelancongan dan perlombongan di lereng gunung berapi paling aktif di negara itu.

    Gunung berapi yang terletak di pulau Jawa yang padat penduduk itu memuntahkan abu panas sejurus sebelum tengah malam Rabu ke awal pagi kelmarin dan aliran piroklas, gabungan batu, lahar dan gas, yang pantas bergerak sehingga 5km turun ke lerengnya.

    Ia adalah aliran lahar terbesar Gunung Merapi sejak pihak berkuasa meningkatkan paras bahayanya pada November 2020, kata Ketua Pusat Mitigasi Vulkanologi dan Geologi, Yogyakarta, Hanik Humaida.

    Berpuluh-puluh letusan ringan berterusan kelmarin dengan aliran lahar dan kepulan gas panas bergerak 2.5km turun ke lerengnya. Tiada korban jiwa dilaporkan.

    Kira-kira 253 orang telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara tetapi mereka kembali ke lereng gunung berapi yang subur itu selepas aktiviti reda, kata Humaida.

    Letusan hari ini memuntahkan kepulan awan panas setinggi 100 meter ke udara dengan runtuhan lahar berpijar sekurang-kurangunya 15 kali, menurut Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi. Menggunakan data seismos dan lain-lain, agensi itu menganggarkan lahar melimpah kurang 2km dari kawah. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...