Thursday, December 5, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gunung Semeru meletus lagi

    JAKARTA, 11 NOV – Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, sekali lagi meletus pada awal pagi tadi, jam 3:35 pagi waktu tempatan, memuntahkan abu kelabu setinggi 1 kilometer dari puncaknya.

    “Letusan ini direkodkan oleh seismograf dengan tempoh 122 saat dan amplitud maksimum yang signifikan,” kata pegawai di Pos Pengamatan Gunung Semeru, Ghufron Alwi.

    Sebelumnya, pada jam 1:47 pagi, letusan serupa berlaku dengan tempoh 146 saat dan ketinggian kolom abu yang sama, menunjukkan aktiviti gunung berapi yang tinggi dalam beberapa jam kebelakangan ini.

    Sejak Januari hingga hari ini, Gunung Semeru telah meletus sebanyak 1,738 kali, dengan aktiviti dominan gegaran letusan yang menandakan tekanan magma berterusan di bawah permukaan.

    Ssehubungan itu, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) melarang sebarang aktiviti dalam radius 8 kilometer dari puncak, termasuk di sepanjang Sungai Besuk Kobokan, yang berisiko terkena awan panas dan aliran lava.

    Pihak berkuasa juga memberi amaran mengenai potensi awan panas dan aliran lava yang mungkin mencapai hingga 13 kilometer dari puncak, memandangkan peningkatan intensiti letusan. – Xinhua


    Gunung Semeru dirakam menghamburkan awan abu vulkanik ke langit di Jawa Timur, hari ini. – BNPB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda