Pelakon Running Man iaitu Kim Jong Kook mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana bergurau kasar dengan pelakon Ji Ye Eun sehingga menyentuh isu sensitif dalam sebuah program.
Dalam rakaman itu, Ye Eun dilihat seperti tersinggung dengan percakapan pelakon lelaki itu yang menyifatkan dirinya semakin berisi dan gemuk. Gurauan itu dilontarkan kepada Ye Eun sewaktu mereka sedang menjamah roti semasa ditemu bual dalam satu program.
“Wajah awak sekarang ini nampak kelihatan sedikit berisi,” kata Jong kepada Ye Eun.
Gara-gara teguran Jong Kook itu, Ye Eun terus berpura-pura menangis.
Selepas melihat Ye Eun menangis, Jong Kook segera menenangkan pelakon itu dan memberitahu dia masih lagi kelihatan jelita meskipun berbadan gempal.
Melihat insiden ini berlaku, rata-rata peminat Ye Eun kesal dengan tindakan Jong Kook dan menyelar tindakan pelakon berkenaan di media sosial. – Agensi