Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Guru agama maut ditembak di Pattani

    PATTANI, 10 APRIL – Seorang guru agama maut ditembak ketika menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah awal pagi ini di Pattani, selatan Thailand.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 12:30 pagi (waktu tempatan) hari ini, lelaki berusia 52 tahun itu merupakan guru agama di sekolah agama Al-Islamiah Wittaya.

    Ketua Polis Daerah Nong Chik, Pol Kol Komkrit Srisong berkata polis menemui sekurang-kurangnya 10 kelongsong peluru di tempat kejadian yang terletak tidak jauh dari rumah mangsa.

    “Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian dada dan perut digegaskan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi.

    Komkrit berkata polis mempercepatkan siasatan akan motif kejadian dan menjejaki suspek. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...