KEBERKESANAN pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada rancangan pengajaran guru berlandaskan kepada peringkat perkembangan murid.
Sehubungan ini, strategi pengajaran-pembelajaran hendaklah bersesuaian dengan perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan sosial murid.
Perkembangan jasmani
a)Menguruskan pendidikan jasmani dan permainan serta kerja praktik mengikut perkembangan fizikal murid.
b)Elakkan mengajar aktiviti jasmani dan permainan serta praktif seperti aktiviti kemahiran hidup yang kompleks jika perkembangan murid belum cukup matang menguruskannnya.
Perkembangan kognitif
a)Merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran yang menarik dan bermakna.
b)Menyediakan pelbagai alat bantu mengajar untuk membentuk konsep dengan tepat.
c)Bagi murid sekolah menengah, hubungkait konsep konkrit dengan konsep abstrak.
d)Isi pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut:
-Daripada yang mudah kepada yang kompleks.
-Daripada yang umum kepada yang khusus.
-Daripada yang konkrit kepada yang abstrak.
-Daripada pengetahuan atau pengelaman yang sedia ada kepada pengetahuan dan pengalaman yang baru.
-Daripada persekitaran dekat yang pernah dialami kepada persekitaran jauh yang belum dialami.


Perkembangan emosi dan rohani
a)Memupuk emosi dan rohani murid yang sihat mengikut peringkat perkembangannya.
b)Mengawal dan mencegah tingkah laku murid dan perkembangannya.
c)Bersifat penyayang dan membantu murid mengawal emosi dan rohani mereka dalam situasi tertentu.
d)Memahami peringkat perkembangan emosi dan rohani murid, dan membimbing mereka me-nangani serta menyelesaikan masalah emosi dan rohani dengan cara yang sesuai.
Perkembangan sosial
a)Menggunakan strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial.
b)Menggunakan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan sosial murid.
c)Aturkan aktiviti kumpulan supaya murid-murid dapat bekerjasama menyelesaikan masalah pelajaran mereka bersama-sama.