Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Guru didapati bersalah cabul remaja

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Seorang lelaki berusia 31 tahun didapati bersalah di Mahkamah Perantaraan, di sini, kelmarin, atas dua pertuduhan mencabul kehormatan dan mengambil gambar lucah lelaki di bawah umur.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar mendapati keterangan Pendakwa Raya Atiyyah Abas semasa perbicaraan telah membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

    Defendan yang merupakan seorang guru, telah mencabul kehormatan mangsa pertama dengan melakukan perbuatan seksual terhadapnya ketika mereka berada di dalam tandas di sekolah pada September 2019.

    Kemudian, sekitar 2019, defendan mengambil gambar lucah mangsa kedua melakukan perbuatan seksual sendirian semasa mereka berada di asrama sekolah.

    Kedua-dua mangsa berusia 14 tahun pada masa kesalahan dilakukan terhadap mereka.
    Mahkamah menetapkan 8 September untuk mendengar kes selanjutnya bagi mitigasi defendan.

    Sementara itu, defendan diwakili peguam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...