Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Guru dinasihat buat TikTok untuk pembelajaran

    KUALA LUMPUR, 14 APRIL – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menasihati golongan pendidik agar menggunakan aplikasi TikTok bagi tujuan pembelajaran dan bukan untuk mempopularkan diri.

    Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata pihaknya menyokong penuh penggunaan media sosial khususnya TikTok jika ia digunakan bagi tujuan pembelajaran namun bukan secara langsung di dalam kelas secara bersemuka.

    “Penggunaan media sosial khususnya secara langsung semasa waktu bertugas rasmi adalah sesuatu yang salah, apatah lagi jika ia lebih bersifat mempopularkan diri sendiri.

    “Hal ini amat tidak sihat dan menya-lahi peraturan serta patut dihentikan. Demi menjaga imej profesion keguruan, pihak pentadbir sekolah dan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) perlu bertindak tegas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata semasa di dalam kelas, guru sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kepada murid yang berada di depan mata secara fizikal. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...