Wednesday, June 7, 2023
34 C
Brunei

    -

    Guru dipercayai rogol pelajar di sekolah Bintulu ditahan

    SIBU, 13 JAN – Seorang guru sekolah menengah yang di-katakan merogol dan mencabul kehormatan beberapa orang pelajar dari sebuah sekolah Sebauh, Bintulu telah ditahan oleh polis di Thailand dan diserahkan kembali kepada Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Batholomew Umpit dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa suspek telah dihadapkan ke mahkamah di Bintulu kelmarin. Supt Umpit berkata suspek berkenaan telah ditahan reman selama lima hari.

    “Dia akan dihadapkan lagi ke mahkamah pada 16 Januari ini dan akan didakwa,” katanya, menambah bahawa suspek akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi rogol dan Seksyen 14(a) dan 15(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 (AKSTK).

    Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkenaan membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.

    Seksyen 14(a) AKSTK, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan sementara Sek-syen 15(a) pula membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

    Menurut laporan-laporan, guru tersebut, yang berasal dari Kelantan, dipercayai melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan sekitar Ogos tahun lalu. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -