Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Guru disaran ambil iktibar filem The Boy Who Harnessed the Wind

    KUCHING, 9 OGOS – Guru Sains dan matematik di Sarawak disaran mengambil iktibar dari filem The Boy Who Harnessed The Wind mengenai kegigihan seorang budak lelaki menangani kemarau, bagi memberi inspirasi kepada para pelajar supaya menjadi lebih inovatif.

    Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah berkata kisah yang dipaparkan filem itu adalah satu contoh terbaik bagi memupuk inovasi dalam kalangan pelajar.

    “Aktiviti amali, permainan dan apa sahaja yang berkaitan dengan budaya tempatan amat penting dalam menarik minat pelajar di luar bandar. Permainan tradisional dan kekayaan budaya masyarakat boleh digabung atau dihubungkaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran sains, reka bentuk teknologi dan matematik,” katanya.

    Berucap merasmikan Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak 2022 – Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sini hari ini, beliau berkata Sarawak sedang menuju ke arah menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 dan bagi memenuhi aspirasi ini, ia memerlukan modal insan yang lebih cekap dan berkemahiran.

    Filem The Boy Who Harnessed The Wind merupakan sebuah filem drama British yang diterbitkan pada tahun 2019 arahan Chiwetel Ejiofor, memaparkan kecekalan seorang budak lelaki di Malawi pada 2001 menggunakan inovasi bagi mengerjakan tanaman semasa penempatannya dilanda kemarau. – Bernama

    Datuk Roland Sagah semasa mencuba gogal Realiti Maya selepas melancarkan Program Dwi Bahasa (DLP) Sarawak 2022 – Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Kuching. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...