Guru ditemui mati di taman London

LONDON, 26 SEPT – Polis di Britain sedang menyiasat pembunuhan Sabina Nessa, seorang guru yang ditemui mati di sebuah taman di tenggara London hujung minggu lalu, mengatakan bahawa mereka menahan seorang lelaki ber-usia 38 tahun hari ini.

Nessa, 28, yang merupakan guru sekolah rendah, dibunuh setelah meninggalkan rumahnya untuk pergi ke sebuah bar di kawasan berdekatan, dalam kes terbaharu yang menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai keselamatan wanita di United Kingdom (UK).

Detektif dari Polis Metropolitan London menahan suspek pada awal hari ini di sebuah alamat di East Sussex, sebuah daerah di tenggara ibu negara Britain.

Ketua Detektif, Neil John, dari unit pakar jenayah, menyebut penangkapan itu ‘perkembangan penting’.

Dua lelaki lain yang ditangkap minggu ini kerana disyaki pembunuhan telah dibebaskan sementara menunggu siasatan lanjut.

Ratusan orang berjaga pada Jumaat malam di kejiranan tenggara London, Kidbrooke, tempat Nessa tinggal dan mayatnya ditemui Sabtu lalu.

Pembunuhan itu menyerupai pembunuhan berprofil tinggi pada bulan Mac lalu, di mana Sarah Everard, 33 tahun terbunuh, yang menarik perhatian pada apa yang disebut sebagai epidemik keganasan terhadap wanita. – AFP