Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Guru Iran adakan bantahan di 100 buah bandar

    TEHRAN, 20 FEB – Ribuan guru Iran telah mengadakan bantahan di lebih 100 buah bandar ke atas penangguhan gaji dan reformasi pencen, lapor akhbar tempatan hari ini.

    Tunjuk perasaan kelmarin adalah perhimpunan terbaharu diadakan oleh guru-guru serta kakitangan sektor awam lain beberapa bulan kebelakangan berhubung impak inflasi meningkat ke atas pendapatan.

    Akhbar reformis, Etemad berkata guru-guru mengadakan bantahan di luar parlimen di bandar Tehran dan di hadapan pejabat kementerian pendidikan di bandar wilayah termasuk Isfahan, Shiraz dan Mashhad.

    Guru-guru selama berbulan-bulan telah menuntut kerajaan agar mempercepatkan implementasi reformasi yang akan menyaksikan gaji mereka ditahap lebih baik berdasarkan pengalaman dan prestasi.

    Minggu lalu, parlimen Iran berkata sistem baharu itu, yang telah tertangguh selama lebih sedekad, akan diimplementasikan bermula tahun baharu kalendar Iran, iaitu 21 Mac.

    Tunjuk perasaan juga menuntut pencen mereka disejajarkan dengan kakitangan sektor awam lainnya.

    Selain itu, para pembantah menggesa pihak berkuasa untuk membebaskan guru-guru yang ditahan pada bantahan terdahulu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...