TEHRAN, 13 JAN – Ratusan guru hari ini berhimpun di beberapa bandar Iran untuk mengecam implementasi reformasi pencen dan gaji yang perlahan, lapor media kerajaan.
Di wilayah Gilan di pantai Laut Caspian, sekitar 150 guru berarak di bandar Rasht, sementara 70 yang lain berkumpul di Lahijan, lapor penyiaran kerajaan.
Para pembantah melaungkan slogan seperti ‘jika penggelapan wang dikurangkan, masalah kami akan diselesaikan’ dan ‘kami hanya mendengar janji-janji, tapi tiada keadilan’, katanya.
Di bandar ketiga terbesar di Iran, Isfahan, sekitar 300 guru berarak, lapor agensi berita Mehr, menambah bahawa protes lain turut diadakan di wilayah Chaharmahal-Bakhtiari di barat daya. – AFP