Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Guru, kanak-kanak tadika maut ditembak

    MOSCOW, 26 APRIL – Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah tadika hari ini di tengah rantau Rusia Ulyanovsk, membunuh sekurang-kurangnya empat orang, beritahu pihak berkuasa tempatan kepada AFP.

    “Menurut maklumat awal, berlakunya kejadian tembakan di sebuah tadika. Akibatnya, dua kanak-kanak dan seorang guru serta penyerang terbunuh,” beritahu ketua jabatan maklumat rantau Ulyanovsk, Dmitry Kamal, kepada AFP.

    Beliau berkata penyiasat sedang bekerja di tempat kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut. Umur kanak-kanak yang maut tidak diketahui, tetapi mereka mungkin berusia di antara tiga dan enam tahun, kata Kamal.

    Satu sumber dalam penguatkuasaan undang-undang memberitahu agensi berita TASS bahawa kejadian tembakan mungkin berpunca daripada ‘konflik rumah tangga’.

    Menurut saluran Telegram Baza, yang mempunyai sumber dalam penguatkuasaan undang-undang Rusia, lelaki itu berjalan masuk ke tadika pada waktu tidur kanak-kanak bersama senapang patah Izh-27. Tidak ada pengawal yang bertugas pada masa itu.

    Penggubal undang-undang Sergei Morozov, bekas gabenor rantau, berkata seorang guru muda terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan itu, sementara dua kanak-kanak yang maut dilahir pada tahun 2016 dan 2018, lapor agensi berita RIA Novosti.

    Morozov berkata penembak tersebut bunuh diri selepas itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...