Guru maut ditikam penyerang

BRATISLAVA, 11 JUN – Seorang guru maut dalam serangan tikam di sebuah sekolah rendah di tengah Slovakia hari ini, kata polis, menambah pegawai yang bertindak balas dalam kejadian itu membunuh penyerang berkenaan.

Polis mengenal pasti pembunuh sebagai seorang lelaki berusia 22 tahun, bekas pelajar sekolah di bandar Vrutky, kira-kira 180 kilometer dari timur laut ibu negara Bratislava.

Penyerang menikam dan membunuh penolong pengetua dan mencederakan beberapa orang lain, termasuk seorang guru wanita dan dua kanak-kanak.

Pegawai melepaskan tembakan pada lelaki itu, membunuhnya kira-kira 200 meter dari sekolah.

“Dia memecah pintu kaca untuk masuk, kakitangan cuba menghalangnya dan dia menggunakan pisau yang dibawa bersamanya,” kata ketua polis Slovak Milan Lucansky di laman Facebook.

“Dia membunuh penolong pengetua dan mencederakan penjaga sekolah, kemudian dia memasuki bangunan di mana dia mengakibat kecederaan serius kepada seorang guru wanita dan dua kanak-kanak akibat luka tikaman,” kata beliau. – AFP