Guru mengaku tidak bersalah lakukan kekerasan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Seorang guru sekolah rendah yang berdepan dakwaan melakukan kekerasan terhadap anak muridnya berusia sembilan tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Guru lelaki berusia 41 tahun yang namanya tidak dapat didedahkan untuk melindungi identiti mangsa didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah di Daerah Tutong pada 3 March 2018, dan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun dan denda jika disabitkan dengan kesalahan.

Ketua Majistret, Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar memerintahkan untuk semakan awal sebelum perbicaraan diadakan terlebih dahulu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula manakala tertuduh diwakili Peguam bela, Haji Rozaiman bin Abdul Rahman.