Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Guru, pelajar cemerlang SM PAPHRSB dirai

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 26 MAC – Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, (SM PAPHRSB) Lumut baru-baru ini telah mengadakan Majlis Perpisahan untuk Kelas Tahun 11 di dewan serba guna sekolah berkenaan.

    Seramai 62 orang pelajar telah berjaya memperoleh lima kredit dan ke atas dalam Peperiksaan BC GCE O Level dan IGCSE pada tahun lalu.

    Hadir sebagai tetamu kehormat ialah Ketua Sumber Manusia, Brunei Fertilizer Industries (BFI) Sdn Bhd, Marjory Toidy yang disambut oleh pemangku pengetua sekolah, Haji Kamal Bahrin bin Haji Jamal.

    Acara bermula dengan ucapan oleh pemangku pengetua sekolah yang menjelaskan bahawa pihak sekolah sedang berusaha meningkatkan prestasi akademik sejak Tahun 7 bagi mencapai Wawasan Brunei 2035.

    “Walaupun negara banyak terjejas oleh pandemik COVID-19, saya ingin mengakui dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah banyak berusaha untuk menyediakan bahan pembelajaran di rumah dan pengajaran dalam talian menggunakan platform seperti Zoom dan Microsoft Teams. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga atas pemantauan prestasi akademik anak mereka dari semasa ke semasa,” tekannya.

    Marjory Toidy bergambar ramai bersama warga SM PAPHRSB. – Gambar serahan Dominic Basil Layang, SM PAPHRSB

    Acara diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pelajar BTEC (Level 2 Certificate in Hospitality) yang disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Gani, diikuti dengan penyampaian sijil kepada pelajar Tahun 11 yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pentadbiran, Awang Hamdani bin Haji Abu Bakar dan Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Awang Ismail bin Haji Mohd Yakob.

    Penyampaian sijil kepada pelajar yang berjaya memperoleh lima kredit dan ke atas pula disempurnakan oleh pengetua sekolah, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada dua pelajar yang berjaya mengatasi cabaran.

    Kory Pang Kai Vu dan Awang Muhammad Radhi bin Masmun, yang sebelum ini hanya memperoleh tiga kredit dalam penilaian kelayakan telah meningkatkan prestasi masing-masing dengan berjaya memperoleh lapan kredit dalam Peperiksaan BC GCE O Level dan IGCSE.

    Acara kemudian menyaksikan penyampaian hadiah dan sijil kepada 12 pelajar yang mencapai markah tertinggi dalam subjek masing-masing serta kepada guru subjek yang mencapai sasaran kebangsaan dan sasaran sekolah.

    Hadiah khas untuk pelajar terbaik yang ditaja oleh BFI telah diberikan kepada Dayang Nur Aqilah binti Mohammad Ali dan Alvin yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...