Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Guru rogol 13 pelajar dipenjara seumur hidup

    BANDUNG, 15 FEB – Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya, satu kes yang mendapat perhatian seluruh negara itu susulan penderaan seksual di sekolah agama berasrama penuh.

    Mahkamah Daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan, yang kesemuanya di bawah umur, malah sekurang-kurangnya lapan daripada mereka telah mengandung.

    Pada perbicaraan itu, kisahnya merogol kanak-kanak itu yang kebanyakannya daripada keluarga miskin bersekolah di sana sejak lima tahun lalu. Ia terbongkar apabila keluarga seorang pelajar perempuan melaporkan Wirawan kepada polis kerana merogol dan menghamilkan anak perempuan remaja mereka tahun lalu.

    Pendedahan itu turut mencetuskan kemarahan negara, dengan seorang pegawai kanan kerajaan berkata, Presiden Joko Widodo sendiri memberi perhatian khusus terhadap kes itu.

    Wirawan, 36, tiba di mahkamah dalam keadaan bergari dan menundukkan kepalanya ketika hakim Yohannes Purnomo Suryo Adi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

    Dia bagaimanapun meminta hakim meringankan hukuman kerana mahu membesarkan anak-anaknya.

    Mahkamah juga berkata, pampasan untuk mangsa akan dibayar oleh kerajaan. Hari ini terdapat lebih 25,000 pondok agama dikenali pesantren di seluruh Indonesia, dengan hampir lima juta pelajar tinggal dan belajar di asrama.

    Pelajar menghadiri kelas biasa pada siang hari dan meneruskan pengajian Al-Quran dan ajaran Islam sehingga petang.

    Kes rogol di Bandung itu menonjolkan lagi kebimbangan mengenai masalah penderaan seksual di sekolah, dengan 14 daripada 18 kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Kebangsaan tahun lalu berlaku di sekolah pesantren. – AFP

    Guru Indonesia, Herry Wirawan (tengah) diiringi polis pada perbicaraannya di sebuah mahkamah di Bandung, Jawa Barat, 15 Februari, di mana dia kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana merogol 13 pelajar bawah umur. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...