BAITULMAQDIS, 28 Ogos – Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengadakan rundingan-rundingan dengan pemimpin-pemimpin Israel hari ini dalam lawatan pertamanya sejak menjawat jawatan, membuat satu hujah kuat bagi satu penyelesaian dua negara dengan Palestin dan berkata mengenai ‘impiannya’ bagi keamanan.
Guterres juga bercakap tentang apa yang digelarnya halangan untuk keamanan apabila dia bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, termasuk bangunan penempatan Israel dan keperluan bagi pemimpin-pemimpin Israel untuk mengutuk “keganasan”.
“Saya mengimpikan saya memiliki peluang untuk melihat kedua-dua negara berupaya untuk hidup bersama dalam pengiktirafan bersama, namun juga dalam keamanan dan keselamatan,” ujar Guterres dalam ucapan alu-aluannya di pejabat Netanyahu.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)