Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Guterres komited henti aktiviti nuklear Korea U

-

SEOUL, 12 OGOS – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres hari ini menyatakan ‘komitmen jelas’ terhadap penghapusan senjata nuklear Korea Utara semasa lawatannya ke Seoul, beberapa minggu selepas Pyongyang berkata ia ‘bersedia untuk memindahkan’ senjata nuklearnya.

Guterres tiba di Seoul kelmarin susulan kunjungan ke Jepun, di mana beliau menyampaikan ucapan bagi menandakan ulang tahun ke-77 serangan bom nuklear pertama di dunia di Hiroshima. Beliau juga mengadakan kunjungan ke Mongolia.

“Saya ingin menegaskan komitmen jelas kami terhadap penghapusan senjata nuklear di semenanjung Korea, DPR Korea,” beliau berkata semasa pertemuan dengan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol.

Matlamat itu ‘objektif penting untuk membawa keamanan, keselamatan dan kestabilan ke seluruh rantau,” Guterres memberitahu Yoon, menurut rakaman yang disiarkan oleh media tempatan.

Kenyataan oleh Guterres itu dibuat ketika pegawai dari Washington dan Seoul berulang kali memberi amaran bahawa Korea Utara bersedia untuk menjalankan ujian nuklear ketujuh.

Kelmarin, Pyongyang menyalahkan Seoul terhadap penularan COVID di negaranya dan mengugut ‘memusnahkan’ pihak berkuasa Seoul.

Pyongyang menjalankan ujian senjata dengan rekod terbaharu setakat tahun ini, termasuk melancarkan peluru balistik rentas benua pada jarak penuh buat kali pertama sejak 2017.

Bulan lalu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong un berkata negaranya ‘bersedia untuk memindahkan’ senjata nuklearnya dalam sebarang konflik tentera dengan Amerika Syarikat dan Seoul pada masa akan datang.

Guterres memberikan amaran menentang penggunaan senjata atom semasa persidangan nuklear utama di New York minggu lalu, yang diulanginya di Jepun pada Isnin.

“Kita menyaksikan radikal dalam situasi geopolitik yang memberikan risiko perang nuklear tercetus sekali lagi,” beliau berkata semasa di Tokyo. – AFP

Antonio Guterres semasa mengadakan pertemuan Menteri Luar Korea Selatan, Park Jin di Seoul. Guterres komitmen jelas terhadap penghapusan senjata nuklear Korea Utara. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -