Saturday, October 1, 2022
33.3 C
Brunei

Guterres sahkan sertai Sidang Kemuncak G20 di Bali

-

JAKARTA, 19 SEPT – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres akan menghadiri sidang kemuncak G20 di Bali November ini, menurut kenyataan Kementerian Luar Indonesia hari ini.

Menterinya Retno Marsudi menzahirkan penghargaan kepada Guterres atas pengesahan kehadiran ketika sesi mesyuarat PBB di ibu pejabat badan dunia itu di New York.

Gutteres dan Retno turut membincangkan pelbagai isu global yang menjadi perhatian bersama, termasuk membabitkan isu Myanmar.

Sidang Kemuncak G20 dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 16 Nov 2022.

Menurut kementerian itu, sidang kemuncak G20 dijangka dapat memupuk kerjasama kukuh yang memberi manfaat kepada dunia.

Menyentuh mengenai Myanmar, Retno dan Guterres melahirkan kekecewaan kerana junta tentera tidak menunjukkan komitmen dalam melaksanakan konsensus lima perkara (5PC) demi menamatkan konflik di negara itu.

Bagaimanapun, Guterres mengulangi sokongannya terhadap 5PC dan yakin bahawa komunikasi dan penyelarasan antara PBB dan Indonesia akan dipergiat apabila Indonesia mempengerusikan ASEAN pada tahun depan.

Sesi ke-77 UNGA bermula Selasa lalu, manakala sesi High Level Week akan berlangsung dari 20 hingga 26 Sept bertemakan, ‘A watershed moment: Transformative Solutions to Interlocking Challenges.’ – Bernama

Artikel sebelum iniTaliban bebaskan warga AS
Artikel seterusnyaNapoli tundukkan Milan
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -