Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

‘GyroDrive’ dapat mengatasi kereta terbang

BOCHOR, Republik Czech – Sebagai pembuat kereta global, bersaing untuk memasarkan kereta terbangnya ke pasaran, juruterbang berbangsa Czech, Pavel Brezina sedang mencuba taktik yang berbeza: daripada mencipta sebuah kereta yang dapat terbang, beliau telah mencipta ‘GyroDrive’ – sebuah helikopter mini yang mana anda boleh pandu.

Jurutera dan pemilik Nirvana Systems, sebuah syarikat yang mengeluarkan motor bagi pesawat terbang bersaiz kecil, menegaskan bahawa kenderaannya itu adalah yang pertama di dunia yang disahkan untuk menjalankan operasi perjalanan di jalan raya dan di udara.

“Ini satu-satunya kenderaan yang dapat terbang dan disahkan dalam laluan jalan raya yang saya tahu,” kata Brezina memberitahu AFP dalam sebuah hangar pesawat di lapangan terbang Prerov-Bochor di timur Republik Czech.

“Semua orang cuba membuat sebuah kereta berkelajuan tinggi yang boleh terbang, tetapi ini adalah berbeza,” kata seorang lelaki berumur 51 tahun, yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun sebagai juruterbang dibawah kendaliannya. Kenderaan GyroDrive beliau adalah berdasarkan gyroplane – sebuah helikopter mini – yang menggunakan rotor seperti helikopter (yang dapat bergerak keatas dan kebawah), dan mempunyai ‘kipas penolak’ untuk bergerak ke hadapan seperti yang terdapat dalam kapal terbang.

Syarikat Brezina membeli kit gyroplane dari firma Jerman, dan kemudian memasang dan melengkapkannya dengan sebuah sistem yang membolehkan pemandu untuk beralih antara enjin petrol yang mendorong rotor dan enjin elektrik untuk memacu roda kenderaan.

Juraj Vaculik berada di dalam ‘kereta terbang’ firma tersebut. – AFP
Juraj Vaculik berada di dalam ‘kereta terbang’ firma tersebut. – AFP

GyroDrive dua tempat duduk ini hanya mempunyai kelajuan pemanduan maksimum 40 kilometer sejam dan dapat membawa dua anak kapal dalam pemanduan secara dekat dari stesen minyak atau sebuah hotel. Ia memerlukan kurang daripada 100 meter (110 kaki) untuk berlepas dan mencapai kelajuan tertinggi 180 kilometer sejam di udara. Had jangkauannya adalah 600 kilometer.

Selepas mendarat, juruterbang hanya perlu memperbaiki bilah kipas utama di sepanjang paksi GyroDrive dan memasang plat lesen pada kenderaan itu untuk menjadi sebuah kenderaan yang sah di jalan raya. Harga bermula pada 1.5 juta koruna (57,000 euro, AS$63,500), tetapi ianya boleh mencapai empat juta koruna, bergantung kepada spesifikasi.

Walaupun Brezina sudah merancang untuk membawa isterinya – juga seorang juruterbang – dan dua anaknya ke London di atas GyroDrives, pencipta di seluruh dunia kini bekerja keras dalam penghasilan kereta prototaip yang boleh terbang.

Di negara jiran Slovakia, syarikat AeroMobil mengatakan ia telah menerima berpuluh-puluh pesanan dari pelanggan untuk sebuah kereta terbang yang dijangka berada di pasaran pada tahun 2020.

“Kami mahu membina sebuah kenderaan yang bukan sahaja dapat terbang dan dipandu tetapi juga memenuhi setiap keperluan teknikal dan undang-undang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AeroMobil, Juraj Vaculik, yang menegaskan ‘program ujian yang ketat’.

Beliau memberitahu AFP bahawa AeroMobil pada mulanya merancang untuk menghasilkan 500 unit kereta bersayapnya, yang menggunakan sebuah kipas turbo yang dapat mendarat.

AeroMobil dijangka mencapai kelajuan tertinggi dari kelajuan 160 kilometer sejam sehinggalah kepada 360 kilometer sejam di udara, dengan jarak penerbangan dan pemanduan sejauh 700 kilometer. Pada pertengahan bulan Mei, Toyota dari Jepun juga ingin melancarkan rancangannya bagi sebuah kereta terbang tiga rodanya yang dikenali sebagai SkyDrive, dengan menggunakan sayap penarik dan teknologi dron.

Kenderaan itu dijangka mempunyai kelajuan penerbangan pada sekitar 100 kilometer sejam, berlegar sekitar 10 meter dari tanah. Ia akan mempunyai kelajuan darat pada sekitar 150 kilometer sejam.

Di Slovakia, syarikat AeroMobil mengatakan ia telah menerima berpuluh-puluh pesanan dari para pelanggan untuk kereta terbang seperti ini, yang dijangka berada di pasaran pada tahun 2020. – AFP
Di Slovakia, syarikat AeroMobil mengatakan ia telah menerima berpuluh-puluh pesanan dari para pelanggan untuk kereta terbang seperti ini, yang dijangka berada di pasaran pada tahun 2020. – AFP
Pencipta di seluruh dunia bekerja keras untuk membina sebuah kereta prototaip yang boleh terbang. – AFP
Pencipta di seluruh dunia bekerja keras untuk membina sebuah kereta prototaip yang boleh terbang. – AFP
“Semua orang cuba membuat sebuah kereta berkelajuan tinggi yang dapat terbang, tetapi ini adalah satu perkara yang berbeza,” kata Pavel Brezina (kiri), pemilik Nirvana Autogyro, yang mengembangkan sebuah helikopter mini yang dapat dipandu. – AFP
“Semua orang cuba membuat sebuah kereta berkelajuan tinggi yang dapat terbang, tetapi ini adalah satu perkara yang berbeza,” kata Pavel Brezina (kiri), pemilik Nirvana Autogyro, yang mengembangkan sebuah helikopter mini yang dapat dipandu. – AFP

Kereta terbang Silicon Valley, Kitty Hawk, yang dilaporkan disokong oleh pengasas bersama Google, Larry Page, mengeluarkan satu video pada bulan April lalu mengenai kenderaan prototaip udaranya dan mengumumkan rancangan untuk penghantaran ‘pesawat terbang peribadi’ itu pada tahun ini.

Firma lain, termasuk perkhidmatan perkongsian pengangkutan Uber, juga mempunyai cita-cita tinggi untuk kereta terbang prototaip mereka. Brezina menadapatkan plat lesen untuk GyroDrive pada Mac lalu, tiga tahun selepas memulakan projek itu.

Untuk perjalanan pertamanya, beliau terbang pada kira-kira 230 kilometer ke barat menuju lapangan terbang di pinggir Prague, kemudian memandu ke pusat bandar untuk mendapatkan secawan kopi di pusat bandar Wenceslas Square di ibu negara Czech – dan kemudian dihentikan oleh polis semasa dalam perjalanan.

“Nah, jika anda melihat kenderaan melalui Prague, tidakkah anda akan memberhentikannya? Saya juga,” kata Brezina, sambil menambah bahawa anggota polis hanya memeriksa kertas kerja beliau dan melakukan ujian ‘breathalyser’.

Brezina memberitahu AFP bahawa beliau berjaya menerbangkan gyroplanes dengan selamat di seluruh Eropah dan seterusnya selama hampir tujuh tahun bersama dengan sekumpulan rakan-rakannya.

“Saya akan menyamakannya dengan kumpulan konvoi motosikal, ini sebenarnya sebuah motosikal 3D. Kami juga akan menjelajah ke benua lain di mana kami akan menyewa gyroplanes,” katanya. Melihat masa depan, Brezina berkata beliau meragui GyroDrive akan mengambil alih jalan raya dan laluan udara.

“Pertama, ia memerlukan satu set kualiti tertentu untuk menjadi seroang juruterbang gyroplane, dan kedua, ia bukan hanya sekadar untuk menekan butang. Saya fikir ia akan dapat tersebar, tetapi tidak pada skala besar.”

Dibiayai oleh kerajaan Slovakia, AeroMobil tidak akan menjadi kereta terbang sesuai bagi semua orang, sama ada oleh kerana harganya yang memukau mata 1.2-1.5 juta euro (AS$1.35-1.7 juta) seunit. Ini agaknya berfungsi sebagai “beberapa jenis perkhidmatan Uber terbang,” kata Vaculik.

“Konsep kami ialah tidak banyak orang akan memiliki kereta terbang ini tetapi ramai yang dapat menggunakannya,” katanya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -