Haaland bakal beraksi di final Piala Jerman

BERLIN, 12 MEI – Penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland dijangka akan kembali bersama pasukan pada perlawanan akhir Piala Jerman Khamis ini menentang RB Leipzig, yang mana pengurus mereka akan meninggalkan pasukan mahu pemergiannya disambut dengan menjulang kejuaraan pertama kelab.

Haaland kembali memulakan latihan kelmarin setelah diketepikan semasa kemenangan 3-2 ke atas Leipzig dengan pemain sayap England, Jadon Sancho menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan tersebut.

“Walaupun jika dia (Haaland) bermain, ia memberikan kami peluang cerah untuk memenangi final,” kata pemain pertahanan Leipzig, Lukas Klostermann, yang menjaringkan gol semasa kekalahan tempoh hari.

Dortmund akan bermain tanpa penjaga gol Switzerland, Marwin Hitz kerana mengalami kecederaan lutut dan akan digantikan oleh Roman Buerki.

Dortmund memburu untuk menjulang piala buat kali kelima dalam sejarah kelab.

Reaksi Jadon Sancho selepas menjaringkan gol menentang RB Leipzig minggu lalu.- AP

Kali terakhir mereka memenangi final adalah empat tahun lalu apabila mereka berjaya menundukkan Eintracht Frankfurt.

“Ia akan menjadi perlawanan sengit sekali lagi,” kata pemain pertahanan Dortmund, Mats Hummels menjelang final.

Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc memberitahu anak syarikat AFP, SID, “Piala tersebut sudah ada selama 85 tahun, kami hanya memenanginya empat kali. Anda tidak menjulangnya setiap tahun.”

Sebagai perbandingan, RB Leipzig, yang baharu ditubuhkan pada 2009, masih memburu kejuaraan utama dalam mana-mana kejohanan selepas tewas di tangan Bayern Munich pada final 2019.

Tanpa atau dengan kelibat Haaland, Dortmund masih menjadi pasukan pilihan selepas memenangi lima perlawanan terakhir sejak dikalahkan oleh Manchester City dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara.

Mereka juga mencatatkan rekod tanpa kalah dalam tujuh perlawanan terakhir mereka menentang Leipzig.

“Rekod tersebut tidak membanggakan, kami perlu berusaha lebih keras,” kata Nagelsmann, yang akan mengambil alih tugasan di Bayern musim hadapan.- AFP