Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Haaland bangga dapat sertai The Citizens

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 13 JUN – Erling Haaland mengatakan bahawa perpindahannya ke Manchester City dari Borussia Dortmund adalah satu langkah terbaik untuk kerjayanya sekali gus bertujuan untuk membantu juara Liga Perdana itu meraih lebih banyak kemenangan.

    Pihak City mengumumkan pada bulan lalu bahawa me-reka mengalahkan saingan dalam kelab teratas Eropah untuk mencapai perjanjian dengan pasukan gergasi Jerman selepas dilaporkan nilai perpindahan Haaland kini pada AS$63 juta.

    Perpindahan pemain berusia 21 tahun itu selesai dilaksanakan secara rasmi pada hari ini, disempurnakan dengan Haaland menandatangani kontrak lima tahun, mengikuti jejak langkah bapanya, Alfie Inge Haaland, yang beraksi bersama City pada tahun 2000 hingga 2003.

    “Ini adalah hari kebanggaan untuk saya dan keluarga. Saya sering kali menonton perlawanan City dan masih lagi dalam beberapa musim kebelakangan ini,” kata Haaland.

    “Saya ingin menjaringkan gol, menjulang trofi dan mempertingkatkan kemahiran sebagai seorang pemain bola sepak serta berasa yakin untuk mencapai semua itu di sini. Ini adalah langkah terbaik untuk saya dan tidak sabar untuk memulakan pra musim,” katanya lagi.

    Ketibaan salah seorang pemain berbakat dalam dunia bola sepak telah menamatkan pencarian City untuk posisi penyerang yang menggantikan Sergio Aguero, yang meninggalkan kelab tersebut pada tahun lalu.

    Percubaan City untuk menandatangani kapten England, Harry Kane dari Tottenham terlepas pada musim panas yang lalu tetapi anak buah Pep Guardiola sudah cukup untuk merampas gelaran juara daripada Liverpool dengan perbezaan satu mata dalam tempoh lima musim. – AFP

    Reaksi Haaland selepas berjaya menjaringkan gol kedua untuk Norway dalam perlawanan Liga Negara-Negara menentang Sweden. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...