Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Haaland bantu Dortmund duduki tempat teratas

-

BERLIN, 28 NOV – Erling Haaland menjaringkan gol setelah kembali daripada kecederaan ketika Dortmund menyingkirkan Bayern Munich dari kedudukan teratas Bundesliga dengan kemenangan 3-1 di Wolfsburg kelmarin.

Haaland menjaringkan gol ke-50 Bundesliga dalam banyak perlawanan, hanya lapan minit selepas turun dari bangku simpanan pada separuh masa kedua selepas lima minggu tidak hadir akibat kecederaan kaki.

Dia merembat masuk hantaran lintang daripada Julian Brandt, menambah sepakan penalti Emre Can dan gol Donyell Malen untuk Dortmund selepas Wout Weghorst memberi Wolfsburg mata pendahuluan awal.

“Kami telah kehilangannya (Haaland) dalam beberapa minggu lepas. Dia adalah senjata Dortmund,” kata Brandt kepada Sky.

Bayern seterusnya boleh merampas semula kedudukan teratas apabila mereka menerima kunjungan dari pasukan yang bergelut, Arminia Bielefeld.

Kepulangan Haaland merupakan dorongan besar untuk Dortmund, yang akan melayan kunjungan Bayern hujung minggu depan dalam persaingan teratas. Kemenangan itu berlaku tiga hari selepas kekalahan 3-1 di Sporting Lisbon menamatkan harapan Dortmund untuk mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

“Kami perlu menunjukkan reaksi selepas perlawanan pada hari Rabu,” kata Can, yang dibuang padang di Lisbon. – AFP

Reaksi pemain Dortmund, Haaland meraikan jaringan gol dalam perlawanan Bundesliga menentang Wolfsburg kelmarin. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -