Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Haaland dijangka terlepas perlawanan Rangers

    BERLIN, 17 FEB – Penyerang Borussia Dortmund yang cedera, Erling Haaland dijangka kekal diketepikan untuk perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Europa pasukannya dengan Rangers hari ini, walaupun kembali menjalani latihan pasukan.

    “Dia bukan pilihan,” kata jurulatih Dortmund, Marco Rose, kelmarin mengenai penyerang Norway itu, yang telah diketepikan sejak 22 Januari kerana kecederaan otot.

    Haaland nampaknya semakin hampir untuk muncul semula, dengan majalah Kicker melaporkan kelmarin bahawa dia telah mengambil bahagian dalam sebahagian besar sesi latihan terakhir pasukannya menjelang perlawanan Rangers.

    Pasukan Rose juga akan beraksi tanpa pemain tengah, Emre Can, yang menjalani penggantungan selepas dia dibuang padang dalam perlawanan terakhir kumpulan Liga Juara-Juara Dortmund menentang Besiktas pada Disember lalu.

    Pemain antarabangsa AS, Giovanni Reyna dijangka mampu menentang bekas kelab bapanya, Claudio selepas pulih daripada sakit perut.

    Claudio Reyna bermain untuk Rangers antara 1999 hingga 2001 dan menamakan anaknya sempena bekas rakan sepasukan dan pengurus Rangers sekarang, Giovannia van Bronckhorst.

    “Saya mengenali Gio sejak dia masih kecil lagi dan saya mempunyai hubungan istimewa dengannya,” kata Van Bronckhorst kelmarin.

    Rose berkata dia fikir pasukannya boleh mencatat ‘kejayaan besar’ dalam Liga Europa, di tengah-tengah musim yang mengecewakan setakat ini. – AFP

    Erling Haaland dijangka diketepikan untuk perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Europa pasukannya dengan Rangers kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...