Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Haaland lebar rekod kemenangan Citizens

    PARIS, 15 SEPT – Erling Haaland menjaringkan gol kemenangan lewat dengan aksi akrobatik ketika menentang kelab lamanya ketika Manchester City menewaskan Borussia Dortmund 2-1 dalam Liga Juara-Juara baru-baru ini.

    Haaland menjaringkan gol menentang kelab yang ditinggalkannya pada musim penutup dengan harga 60 juta euro (AS$60 juta) selepas dua setengah tahun bermain di Bundesliga.

    Namun nampaknya Dortmund mungkin membuat kejutan apabila mereka mendahului sejurus sebelum sejam di Stadium Etihad apabila pemain tengah England, Jude Bellingham menanduk masuk gol.

    Gol penyamaan City tidak terhasil sehingga Kevin De Bruyne membuat umpanan John Stones ketika berbaki 10 minit, dan Haaland berikan kemenangan buat City pada minit ke-84 dengan penyudah yang menakjubkkan daripada hantaran lintang Joao Cancelo.

    Haaland kini mempunyai 13 gol dalam sembilan perlawanan untuk City, yang memperoleh dua kemenangan daripada dua saingan Kumpulan G.

    “Akhirnya kami membuktikan kehebatan kami,” kata Haaland kepada BT Sport. “Dortmund benar-benar bagus hari ini (tetapi) tiga mata adalah yang penting, saya bangga dengan 20, 25 minit terakhir,” kata Haaland.

    “Dua gol indah hari ini, namun gol saya agak lebih baik, secara jujur! Ia adalah hantaran silang yang bagus dari Cancelo dan akhirnya kemenangan yang sangat penting.”

    Kemenangan itu menyaksikan City membuka pendahuluan tiga mata di puncak Kumpulan G, dengan Dortmund masih di tempat kedua selepas FC Copenhagen dan Sevilla terikat seri 0-0 di ibu negara Denmark itu. Dua perlawanan City seterusnya menyaksikan pasukan itu menentang FC Copenhagen. – AFP

    Aksi Erling Haaland meraikan kemenangan menewaskan Borussia Dortmund di stadium Etihad di Manchester, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...