Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Haaland ledak gol dalam penampilan sulung

    GREEN BAY, AMERIKA SYARIKAT, 24 JULAI – Erling Haaland meledak gol pertamanya semasa kemunculan sulung bersama Manchester City ketika kelab bimbingan Pep Guardiola berjaya menewaskan Bayern Munich 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Lambeau Field, Wisconsin, kelmarin.

    Penyerang yang dibeli dengan bayaran AS$61 juta itu menyerlah dalam penampilan pertamanya selepas Guardiola mengumumkan Haaland bebas daripada kecederaan yang menyebabkannya disisihkan semasa City mencatat kemenangan 1-0 ke atas Club America di Houston, Rabu lalu.

    Manchester City dua kali memberikan ancaman sebelum rembatan jarak dekat dari pemain sayap Bayern, Serge Gnabry dibatalkan kerana ofsaid pada minit ketujuh.

    Lima minit kemudian Haaland meledak gol pertamanya. Gol tercipta apabila sepakan percuma dari Riyad Mahrez dihalang namun Kevin De Bruyne berjaya mengutip bola dan membuat hantaran kepada Jack Grealish, yang kemudiannya membuat hantaran kepada Haaland lalu disudahkan dari jarak dekat.

    Perlawanan terpaksa dihentikan akibat ribut petir dan disambung semula selepas ditunda selama 20 minit. Pertemuan disambung semula dengan baki 27 minit sebelum separuh masa pertama tamat dan Haaland segera membuatkan City teruja, dengan aksi mantap menghuru-harakan pertahanan Bayern.

    Meskipun City mengawal rentak perlawanan, akan tetapi Bayern mempunyai peluang keemasan pada minit ke-38 apabila hantaran lintang dari sebelah kanan padang berjaya menemui Alphonso Davies yang kemudian membuat hantaran, namun hantaran pemain itu gagal disambut oleh Gnabry. Selang seminit kemudian, Haaland menjadikan kedudukan 2-0, tetapi percubaan kaki kiri dari dalam kawasan penalti dibatalkan kerana berada di kedudukan ofsaid.

    Haaland digantikan selepas 40 minit beraksi, memberi laluan untuk penyerang baharu, Julian Alvarez, yang hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-43.

    Kedua-dua pasukan terbang pulang sejurus perlawanan, dengan City akan bertemu Liverpool dalam Piala Perisai Komuniti Sabtu depan, sementara Bayern akan bermain menentang RB Leipzig di final SuperCup. – AFP

    Reaksi Haaland selepas meledak gol sulung untuk City dalam perlawanan persahabatan menentang Bayern Munich, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...