Monday, September 26, 2022
23.8 C
Brunei

Haaland, Lewandowski bakal bersaing dalam perlawanan

-

BERLIN, 3 DIS – Bintang penyerang Bundesliga, Erling Haaland dan Robert Lewandowski bertembung apabila Borussia Dortmund menerima kunjungan Bayern Munich dalam jadual pertembungan teratas.

Bayern telah berkunjung ke Signal Induna Park dengan satu mata di belakang Dortmund.

Haaland yang berusia 21 tahun itu telah menjaringkan 19 gol untuk Dortmund dan Norway pada musim ini, meninggalkan kecederaan pinggul di belakangnya dengan sepakan volley yang menakjubkan dalam kemenangan 3-1 di Wolfsburg hujung minggu lalu.

“Beliau telah memberikan kami semangat, beliau juga pemain yang dapat menentukan permainan,” kata jurulatih Dortmund, Marco Rose mengenai Haaland.

Perkara yang sama boleh dikatakan untuk pemain Bayern, Lewandowski, yang telah menjaringkan 41 gol di Bundesliga pada tahun 2020/21, telah membuktikannya musim ini dengan 25 gol untuk kelab dan juga untuk Poland.

Erling Haaland dari Dortmund (kiri) mencabar pemain Bayern Dayot Upamecano semasa perlawanan bola sepak Piala Super Jerman antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Dortmund, Jerman pada 17 Ogos 2021. – AP

Bayern telah memenangi kesemua enam perlawanan menentang Dortmund, tetapi skuad Bavaria mungkin kehilangan dua pemain tengah utama untuk perlawanan yang akan dimain-kan di hadapan penonton yang dikurangkan ke 15,000 disebabkan peningkatan kes COVID-19.

Joshua Kimmich sudah pastinya dikeluarkan kerana meneruskan kuarantin di rumah selepas keputusan ujian positif koronavirus.

Pemain legenda Jerman, Lothar Matthaeus berkata pada minggu ini dengan kepulangan Haaland, selepas terlepas aksi selama lima minggu, boleh menyaksikan Dortmund mengakhiri keputusan teruk mereka menentang Bayern.

Bayern berada di landasan betul untuk memenangi kejuaraan liga Jerman yang kesepuluh berturut-turut pada Mei depan.

Matthaeus risau Bayern berhasrat merebut peluang untuk mendesak pemain mereka ke atas pesaing liga terdekat mereka.

“Jika awak seorang peminat, awak kena berharap Dortmund tidak akan kalah, kerana Bayern akan berada di empat mata di hadapan,” katanya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai...
- Advertisment -