Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Haaland mampu halang Bayern di Piala Super

BERLIN, 16 OGOS – Bayern Munich adalah pasukan seterusnya yang akan membelenggu penyerang berbisa Norway, Erling Braut Haaland apabila juara bertahan Bundesliga berdepan Borussia Dortmund dalam saingan Piala Super Jerman, Rabu ini.

Di bawah bimbingan jurulatih baharu, Julian Nagelsmann, Bayern memburu kemenangan ke-10 berturut-turut kejuaraan Bundesliga, tetapi mereka terikat 1-1 di Moenchengladbach, kelmarin pada aksi pembukaan musim.

Dortmund tampil lebih meyakinkan sebelum aksi tunggal Piala Super Jerman dengan menewaskan Frankfurt 5-2 di laman sendiri semalam, ketika Haaland terbabit dalam semua lima gol yang dihasilkan tuan rumah.

Penyerang tinggi lampai yang kini berusia 21 tahun bulan lalu, sudah melakar sejarah apabila menjaringkan 62 gol dalam 61 perlawanan buat Dortmund.

“Haaland mempunyai pakej lengkap, itu adalah pasti. Kami memerlukan khidmatnya,” kata kapten Dortmund, Marco Reus.

Haaland meledak lima gol dalam dua perlawanan awalnya musim ini.

Jaringan hatrik pada Piala Jerman disusuli aksi menakjubkan dalam saingan Bundesliga ketika dia mengatasi pertahanan Frankfurt, meledak dua gol dan mencipta gerakan buat Reus, Thorgan Hazard dan Giovanni Reyna.

Haaland membuktikan mampu mencipta ruang buat rakan sepasukan dan pada masa sama mempunyai sentuhan penyudah tajam.

Hanya ketangkasan penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp pada masa tambahan menafikan Haaland untuk menjaringkan hatrik sekali lagi. – AFP

Reaksi penyerang Dortmund, Erling Braut Haaland semasa meraikan jaringannya dalam perlawanan Bundesliga menentang Eintracht Frankfurt di Dortmund, Jerman kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -