Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Haaland sedia buat penampilan sulung

LONDON, 16 JUN – Penampilan sulung Erling Haaland dalam Liga Perdana Inggeris semakin dekat berikutan dengan perlawanan Manchester City dalam usaha mempertahankan gelaran yang bakal berlangsung di Stadium Olimpik nanti.

Jadual liga bagi musim 2022 hingga 2023 telah dikeluarkan hari ini, dengan Liverpool – pasukan yang dijangka beraksi dalam perebutan gelaran sekali lagi, telah memulakan kempen mereka di Fulham. City pula akan beraksi dalam perlawanan pertama mereka sehari selepas itu.

Perlawanan pertama antara City dan Liverpool dijadualkan pada pertengahan bulan Oktober di Anfield, dua minggu selepas City menjadi tuan rumah kepada Manchester United.

Sementara itu, Haaland adalah pemain yang menjadi tajuk utama dalam perpindahan liga setakat ini selepas menyertai City dari Borussia Dortmund. Penyerang berusia 21 tahun itu akan mempamerkan aksi pertama bersama pasukan sebagai pasukan tuan rumah kepada Bournemouth dalam pusingan kedua.

Notthingham Forest pula berjaya mara menerusi playoff dan perlawanan pertama mereka dalam liga sejak 1999 adalah menentang Newcastle. – AP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -