Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Haaland sumbang dua gol

    SEVILLE, SEPANYOL, 7 SEPT – Pep Guardiola berkata aksi Erling Haaland yang ‘luar biasa’ akan menjadi lebih berbahaya apabila Manchester City menyesuaikan diri dengan penyerang Norway itu selepas dua jaringannya menginspirasikan kemenangan 4-0 ke atas Sevilla pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

    Haaland memastikan Manchester City memulakan kempen Kumpulan G dengan bergaya di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan.

    Pemain berusia 22 tahun itu meletakkan City di hadapan pada separuh masa pertama dan kemudian menambah jaringan manakala Phil Foden dan Ruben Dias turut menyumbangkan gol.

    Guardiola minggu ini menegaskan City tidak boleh meletakkan semua beban Liga Juara-Juara mereka ke atas Haaland seorang sahaja.

    Tetapi dia telah membuat permulaan yang luar biasa selepas melengkapkan perpindahan bernilai 51 juta pound dari Borussia Dortmund, menjaringkan 12 gol hanya tujuh perlawanan dalam semua pertandingan.

    Aksi Erling Haaland selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya menentang Sevilla FC semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara Eropah di stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville pada 6 September 2022. – AFP

    Haaland meledak 25 gol dalam 20 perlawanan di Liga Juara-Juara, jumlah yang kini termasuk gol pada penampilan sulungnya dalam pertandingan untuk City, Dortmund dan Red Bull Salzburg. Bagaimanapun, Guardiola menegaskan City masih belum mengetahui cara terbaik untuk bermain dengan Haaland.

    “Aksi di separuh masa pertama tidak bagus. Kami mahu menyerang terlalu pantas.

    Kadang-kadang kami tergesa-gesa begitu pantas kerana Erling ada di sana,” kata Guardiola.

    “Dia menjaringkan dua gol dari bahagian tengah dan mempunyai peluang untuk menambah dua atau tiga lagi. Kami mempunyai peluang yang luar biasa untuk menjaringkan gol dan kami mahu meneruskan seperti itu.”

    Berada dalam kumpulan sama dengan Dortmund dan FC Copenhagen, City akan menjangkakan untuk layak dengan selesa jika Haaland meneruskan prestasi seperti ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...