Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Haaland terlepas kelayakan Euro 2024

    OSLO, NORWAY, 21 MAC – Erling Haaland meninggalkan kem latihan Norway disebabkan kecederaan pangkal paha dan akan terlepas perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah yang akan datang, kata persekutuan kebangsaan hari ini.

    Haaland merasa kesakitan akibat kecederaan pangkal paha selepas bermain untuk Manchester City pada suku akhir Piala FA menentang Burnley pada Sabtu dan akan kembali ke kelabnya untuk mendapatkan rawatan, kata persekutuan Norway. Dia menjaringkan tiga gol dalam kemenangan 6-0 menentang Burnley, menambah jumlah jaringan kepada rekod kelab iaitu 42 gol pada musim ini.

    Persekutuan Norway berkata ia pada mulanya berharap Haaland akan pulih dengan cepat, tetapi kesakitan itu menjadi lebih teruk selepas dia menyertai pasukan kebangsaan.

    City berdepan jadual yang padat ketika ia memburu tiga trofi pada bahagian akhir musim ini, jurulatih Norway, Stale Solbakken kurang senang dengan khabar angin mengatakan Haaland mengutamakan kelabnya berbanding negaranya.

    “Jika awda melihatnya di bilik hotel saya pada tengah malam tadi, awda akan tahu bahawa dia mahu bermain,” kata Solbakken pada sidang akhbar di Marbella. “Dia sangat kecewa dan dia telah melakukan segala yang dia mampu.”

    Manchester City akan menentang Liverpool dalam Liga Perdana pada 1 April. Juara bertahan Inggeris itu juga akan menjadi tuan rumah kepada Bayern Munich pada 11 April dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-Juara.

    Norway akan memulakan program kumpulan kelayakan Euro 2024 menentang Sepanyol pada Sabtu dan bertandang menentang Georgia tiga hari kemudian. Kumpulan A merangkumi Scotland dan Cyprus. – AP

    Aksi Haaland menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan bola sepak suku akhir Piala FA di Stadium Etihad, Manchester, England. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...