Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Had kerja 12 jam elak pelakon, kru ‘lunyai’

    Pelakon dan kru produksi ‘lunyai’ antara isu membelenggu industri perfileman serta drama selepas peralihan ke fasa endemik.

    Ia berikutan tempoh penggambaran tidak menentu, lebih masa dan menjadi kucar-kacir disebabkan kebanyakan syarikat produksi terpaksa mengejar jadual tayangan selepas penggambaran tertangguh selama dua tahun.

    Biarpun kerap kali menjadi bahan perdebatan, namun isu berkenaan masih dipandang remeh, sedangkan ia menjadi aspek penting membabitkan kualiti dan produktiviti. Enggan masalah kerja lebih masa menjadi isu lebih serius, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) sedang mencari formula terbaik agar sistem dan jadual pelakon serta kru produksi lebih teratur.

    Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, ia juga dapat membela kebajikan pelakon dan kru yang tidak cukup rehat apabila terpaksa menyelesaikan penggambaran dengan segera disebabkan mengejar jadual tayangan.

    SENIMAN cadang mengehadkan tempoh kerja penggambaran kepada 12 jam sahaja. Ia sudah dibincangkan, namun, masih pada peringkat kajian kerana membabitkan banyak agensi dan kementerian.

    “Sebelum usul ini dibawa kepada Kementerian Sumber Manusia, kami perlu data untuk menyokong cadangan.

    “Sebelum ini, SENIMAN dan Universiti Multimedia (MMU) pernah membuat kajian ‘Ketagihan, Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Selebriti Tempatan: Kajian Terhadap Industri Filem, Televisyen dan Muzik’.

    “Antara penemuan hasil kajian yang dibiayai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah kebanyakan selebriti yang terbabit dalam penyalahgunaan dadah kerana terpaksa bekerja lebih masa.

    “Berdasarkan data ini, SENIMAN akan lihat bagaimana ia boleh selari dengan prosedur dijalankan kementerian supaya bekerja lebih masa dalam kalangan pelakon dan kru produksi dapat dielak,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Zed menerusi SENIMAN mencadangkan had tempoh kerja penggambaran kepada 12 jam sahaja, namun, masih peringkat kajian kerana membabitkan banyak agensi dan kementeriaan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...