Hadapi masalah parkir pesawat

SYDNEY, 25 MAC – Syarikat penerbangan di seluruh dunia kini berdepan masalah untuk menempatkan pesawat buat sementara waktu.

Ia berlaku selepas pesawat tidak dapat digunakan kerana kekurangan permintaan akibat sekatan perjalanan di banyak negara disebabkan penularan wabak COVID-19.

Ketika ini, hampir semua hangar penyelenggaraan dan landasan di lapangan terbang menjadi lot parkir kepada pesawat terbabit.

Berdasarkan data Cirium, bilangan pesawat tidak digunakan menjadi hampir sekali ganda kepada 5,000, sejak awal tahun lalu.

Namun, ia dijangka meningkat selepas beberapa syarikat penerbangan utama termasuk Qantas dan Singapore Airlines mahu menggantung beberapa lagi laluan.

Frankfurt yang juga bandar terbesar Jerman semakin sepi daripada bunyi pesawat. Landasan barat lapangan terbangnya kini menjadi lot parkir pesawat untuk pesawat termasuk milik Lufthansa dan Condor. – AFP