Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Haddad Maia tambah lagi koleksi trofi

    BIRMINGHAM, UNITED KINGDOM, 20 JUN – Beatriz Haddad Maia memenangi kejohanan utama keduanya dalam masa tujuh hari selepas Zhang Shuai menarik diri dari perlawanan akhir WTA Birmingham, kelmarin.

    Haddad Maia mendahului dengan keputusan 5-4 dalam set pertama ketika saingannya dari China menunjukkan dia tidak lagi berupaya untuk beraksi dalam perlawanan selanjutnya.

    Kedua-dua pemain berhempas-pulas dalam perlawanan separuh akhir awal kelmarin menentang dua pemain Romania, dengan Haddad Maia berjaya menewaskan bekas juara Wimbledon, Simona Halep dan Zhang berjaya menyingkirkan Sorana Cirstea, selepas perlawanan yang tertangguh disebabkan hujan pada Sabtu lalu.

    Haddad Maia memenangi 10 perlawanan terakhirnya di gelanggang rumput, dan berjaya menjulang satu lagi trofi kemenangan di Terbuka Nottingham pada 12 Jun lalu.

    Ia adalah sesuatu yang berbeza berbanding tahun 2020 apabila Haddad Maia dikenakan larangan doping selama 10 bulan walaupun ahli panel menerima ujian positifnya itu berpunca daripada makanan tambahan yang tercemar dan tidak didapati bersalah dalam keputusan tersebut.

    Reaksi Beatriz Haddad Maia bergambar bersama trofi kemenangannya selepas Zhang Shuai terpaksa menarik diri dari perlawanan mereka dalam kejohanan WTA Birmingham, England. – AFP

    Kini, dia ingin menambah ranking dunianya kepada 29 dan menjadi pemain pilihan di Wimbledon apabila perlawanan separuh akhir berlangsung dalam masa lapan hari di gelanggang tenis tersebut.

    Haddad Maia, 26, mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyokong semasa majlis penyampaian hadiah kelmarin, mengatakan: “Kami kembali memenangi juara pada minggu lalu dan ia tidak mencukupi.”

    “Mereka membantu saya untuk mencuba mengatasi had kemampuan saya dan menjadi lebih kuat setiap hari. Saya tidak akan menjulang trofi ini tanpa mereka,” tambahnya.

    “Tiada siapa yang tahu apa yang kami lalui selama dua tahun kebelakangan ini. Ia adalah sesuatu yang saya sendiri tidak dapat jelaskan. Setahun yang lalu, saya beraksi dalam perlawanan akhir dan berada di tingkat tercorot dalam pertandingan.

    Sementara itu, Zhang, beraksi dalam perlawanan kesembilannya, yang juga bermain sebagai pemain beregu dalam perlawanan tertutup pada Sabtu lalu, terpaksa memanggil pelatihnya dan menerima rawatan untuk kecederaan lehernya sebelum memutuskan dia tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...