MILAN, 7 Mei – Dries Mertens menjaringkan dua gol pada sambutan ulang tahunnya yang ke-30 untuk mengekalkan usahanya bagi merebut anugerah penjaring terbanyak ketika Napoli mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Cagliari untuk bergerak ke kedudukan nombor dua dalam Serie A.
Biarpun kembali beraksi baru-baru ini, dan merayu bagi perlawanan yang lebih banyak oleh pemain penyerang Poland, Arkadiusz Milik, jurulatih Napoli, Maurizio Sarri lebih memilih Mertens ketika pasukan selatan itu meningkatkan harapan mereka untuk kelayakan secara automatik dalam Liga Juara-Juara.
Dan pemain tengah dari Belgium itu, yang beraksi sebagai pemain penyerang sejak Milik mengalami kecederaan di bahagian ligamen pada Oktober lalu, membalas kepercayaan Sarri dengan menjaringkan dua gol yang membolehkan jumlah jaringannya dalam liga kepada 24 gol.
Dengan berbaki tiga perlawanan bagi Napoli dalam kempen ini, Mertens sekarang terikat dengan pemain penyerang Inter Milan, Mauro Icardi, keduanya hanya ketinggalan satu gol dari dua pendahulu jaringan Andrea Belotti dari Torino dan Edin Dzeko dari Roma.
Napoli, sementara itu, melonjak ke tangga kedua dengan ketinggalan lapan mata di belakang pasukan pendahulu, Juventus.

Roma jatuh ke tangga ketiga, dua mata di belakang Napoli, sebelum perlawanan sukar hari ini menentang AC Milan, yang ketinggalan lima mata di belakang tempat Liga Europa, akan bersedia untuk menjejaskan apa yang dilihat kunjungan terakhir bagi Francesco Totti ke San Siro sebagai seorang pemain.
Minggu lalu, pengarah sukan Roma, Monchi menamatkan keraguan mengenai masa depan ikon kelab yang berusia 40 tahun itu sebagai pemain apabila dia mengesahkan Totti tidak lama lagi akan memulakan peranannya dalam pengurusan.
Ia hanya memerlukan dua minit bagi Mertens menghantar Napoli ke laluan bagi kemenangan ke-23 musim ini, pemain dari Belgium itu berada di belakang pemain pertahanan Cagliari untuk menjaringkan gol setelah menerima hantaran lintang dari Faouzi Ghoulam dari sudut kiri. – AFP