Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hadiah hari jadi yang sangat istimewa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Awang Muhammad Aizuddeen@Muhd Izaan bin Mohd Saifuddin semalam menerima hadiah hari jadi terbesar dalam hidupnya apabila memenangi tiket penerbangan untuk dua orang bagi menonton Perlawanan Piala Dunia FIFA 2022 ke-51 Pusingan 16 di Qatar, yang merupakan hadiah utama kempen cabutan bertuah Road to Inspiration anjuran Kia Brunei.

    Majlis cabutan yang berlangsung di Bilik Pameran KIA Brunei itu menyaksikan hadiah kedua berupa iPhone 13 Pro Max 128 GB dimenangi oleh Haji Zaini bin Haji Omar dan Awang Mohammad Hanif bin Abdullah Salim memenangi hadiah ketiga berupa Samsung Galaxy S22 Ultra 256GB.

    Manakala itu, pemenang sagu hati membawa pulang baucar wang tunai $500 setiap seorang.

    Hadir untuk menyampaikan hadiah ialah Pengarah Urusan Grand Motors Sdn Bhd, Frankie Ho dan pengarah-pengarah eksekutif, Haji Shaiful Rizal bin Pehin Dato Dr Haji Ahmad dan Pengiran Haji Abdul Qahar bin Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Ba’asith.

    Awang Muhammad Aizuddeen@Muhd Izaan semasa ditemui berkata, beliau seperti bermimpi memenangi dua tiket untuk menonton Piala Dunia.

    “Saya juga tidak menyangka akan memenangi hadiah ini setelah membeli sebuah kereta Kia Seltos untuk isteri. Saya akan membawa isteri dan anak lelaki saya yang berumur sembilan bulan ke Qatar,” tambahnya.

    Beliau yang merupakan peminat pasukan bola sepak Brazil sebelum ini sangat-sangat mengharapkan untuk dapat menyaksikan pasukan kegemarannya beraksi semasa Piala Dunia.

    Dianjurkan oleh Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kenderaan Kia, kempen berkenaan merupakan tanda penghargaan kepada pelanggan setia Kia.

    Pelanggan yang membeli mana-mana kereta Kia dari 1 hingga 31 Ogos layak menyertai cabutan, dan kempen berkenaan telah mendapat sambutan dengan sebanyak 301 penyertaan diterima.

    Awang Muhammad Aizuddeen@Muhd Izaan bersama isteri dan anak kelihatan sungguh gembira memenangi hadiah utama berkenaan.
    Gambar ramai pengarah Grand Motors bersama para pemenang cabutan bertuah itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...