Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Hadiah utama milik Dato Haji Bahrin

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Tuah menyebelahi Dato Haji Bahrin bin Mohd Noor apabila kotak yang berada di hadapannya berisi hadiah utama Cabutan Bertuah Dua Bulan Sekali Sanang2 Manang, iaitu wang tunai $15,000 pada majlis yang berlangsung di Times Square, Berakas, hari ini.

    Dato Haji Bahrin yang merupakan pelanggan setia bagi produk-produk takaful yang ditawarkan oleh Takaful Brunei melahirkan perasaan syukur kerana berpeluang untuk membawa pulang hadiah bagi cabutan berkenaan.

    Sementara itu, Dayang Roslinawati binti Muhd Arifin membawa pulang hadiah kedua berupa wang tunai $6,000 dan Hajah Norsinawati binti Haji Mohd Yassin memenangi hadiah ketiga berupa wang tunai $2,000.

    Manakala itu, tujuh pemenang bertuah lain membawa pulang wang tunai $1,000 setiap seorang.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah dalam acara itu ialah Ketua Pegawai Operasi Takaful Brunei Am (TBA), Awang Barudin bin Haji Kudil.

    Awang Barudin juga mengingatkan para pelanggan bahawa Takaful Brunei Mobile mempunyai kemudahan untuk menukar daripada penyedia takaful atau insurans kereta mereka pada masa ini kepada Takaful Motor TBA untuk menikmati liputan komprehensif dengan diskaun.

    Takaful Brunei Mobile juga mempunyai promosi Product of the Month, yang sedang berjalan sepanjang Mei di mana pelanggan baharu yang mengambil bahagian dalam Takaful Nur
    Savings Takaful Brunei Keluarga (TBK) berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai.

    Awang Barudin (tengah) bergambar bersama Dato Haji Bahrin (kanan) dan Dayang Roslinawati (kiri) semasa penyampaian hadiah bagi Cabutan Bertuah Sanang2 Manang yang berlangsung di Times Square, Berakas, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...